Saturday, August 16, 2014

Kurniaan Tuhan


"Ini adalah kurniaan dari Tuhanku" [Surah an-Naml : 40] 

Alhamdulillah .. جزاك الله

Semalam baru saya berkesempatan untuk menyemak keputusan semester akhir, tahun 4 pengajian saya di USIM. Di sini, ingin saya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Taala atas kurniaan rezeki yang diberikan kepada hambaNya ini. Alhamdulillah, tamat sudah pengajian 4 tahun di USIM. InsyaAllah, bakal bergraduasi pada bulan November nanti. 

Untuk itu, terima kasih ibu ayah serta keluarga atas doa, semangat dan dorongan, para guru serta pensyarah yang saya hormati dan kagumi, di mana mereka sentiasa mencurahkan ilmu dan bakti, memberikan nasihat dan dorongan, memberikan inspirasi kepada saya dalam kembara ilmu ini. Buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam kembara ilmu ini, moga al-Falah menjadi milik kita dunia akhirat. 

Kepada pihak JAWI Cawangan Putrajaya yang telah menghiasi semester akhir saya di USIM, terima kasih saya ucapkan kerana memberikan peluang, serta layanan baik dan tunjuk ajar selama saya dan rakan-rakan menjalani latihan industri di sana. 

Alhamdulillah, kembara ilmu di USIM selama 4 tahun sememangnya menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan. Terima kasih pihak pentadbiran fakulti, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan juga buat pihak pentadbiran universiti atas kerja keras untuk menjadikan USIM sebagai sebuah taman ilmu yang produktif dan terbilang. Seperti yang pernah saya katakan dahulu, di kelilingi para pensyarah serta ulama dan buku-buku merupakan nikmat sebagai pelajar selama saya berada di USIM. Dan saya menikmati kehidupan saya di universiti sebagai pelajar. Pahit manis itu semua adalah kenangan terindah. Alhamdulillah.

Kepada adik-adik pengajian Akidah dan Agama, bittaufiq wannajah dalam kembara ilmu di USIM. Seorang pensyarah yang saya kagumi pernah berkata kepada saya, read more and have an open mind. InsyaAllah you will achieve your dream.

Sentiasa dalam ingatan saya, warga PT58**, saya menyayangi anda semua. Adik-adik PT58** walaupun sekejap kita bersama, anda menceriakan kehidupan saya. Terima kasih atas kenangan terindah bersama. Terima kasih selaku ahli rumah yang banyak membantu dan memahami. All the best ! 

Kepada semua, saya mohon doakan juga agar kembara ilmu saya ke destinasi seterusnya dipermudahkan. Amin. Terima kasih. Moga anda semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah. 

USIM Sentiasa Di Hati 



Reactions:

0 comments:

Post a Comment