Tuesday, January 1, 2013

23 To 24 : Semakin Tua


2013 ?

"Selamat bertambah tua," .. "wah kak dah 24 tahun" .. "wah, bertambah lagi 1 umur dah boleh kahwin nie," itulah antara usikan teman serumah saya, selesai  kami menonton televisyen malam tadi. Saya hanya mampu tersenyum membalas gurauan mereka. Kalau dulu, di usia sebegini ibu saya telah pun berkahwin dan sudah mempunyai saya sebagai anak sulung. Kebetulan sebelum mematikan televisyen, rancangan di televisyen memaparkan detik-detik sambutan tahun baru di Putrajaya. 2012 sudah berakhir, sekarang tahun 2013. 

Alhamdulillah, usia saya bertambah lagi dari 23 kepada 24 tahun. Walaupun belum genap sepenuhnya 24 tahun, tetapi saya bersyukur Allah Taala masih memberikan kesempatan kepada diri saya dan anda semua untuk menikmati kehidupan sehingga ke hari ini. Sekali lagi, Alhamdulillah.

Teringat akan sabda Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh al-Hakim dari Jabir r.a,

خَيرُكم مَن طالَ عُمْرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ

Maksudnya : "Sebaik-baik kamu ialah orang yang panjang umurnya dan baik amalnya kepada Allah"


Siapa tahu, esok, lusa bahkan sekarang pun kita akan mati. Moga usia yang dikurniakan Allah ini mampu untuk kita manfaatkan sebaik-baiknya kerana kita tidak memegang masa depan sebaliknya kita mengetahui masa depan kita dalam genggaman Allah Taala. 


Rasulullah S.A.W bersabda lagi,

"Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari." ( Sahih Muslim ) 

Maka, berdasarkan hadith tadi timbul persoalan, adakah hidup ini untuk dunia semata-mata ? Tepuk dada tanya iman. Rasulullah S.A.W sebenarnya telah mengingatkan kita, terhadap bahana penyakit wahan iaitu penyakit cintakan dunia dan takut mati.

Rasulullah S.A.W bersabda,

"Akan datang suatu masa di mana bangsa-bangsa seluruh dunia akan datang mengerumuni kalian bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah disebabkan jumlah kami sedikit pada hari itu ?" Kemudian, baginda Rasulullah S.A.W menjawab, "Bahkan kamu pada hari tersebut, ramai jumlahnya tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah Taala akan mencabut rasa gentar dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah Taala akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan." Kemudian, seorang sahabat bertanya lagi, "Apakah wahan itu, wahai Rasulullah ?" Rasulullah S.A.W menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati." ( Hadith Riwayat Abu Daud )

Peringatan untuk kita semua dan diri saya sendiri khususnya, moga kita sentiasa berusaha menjadi hamba yang mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah Taala. Biarpun semakin tua, semakin bertambah usia, moga amal kita juga highclass. Saya hadiahkan anda dengan lagu  Firdaus - Keampunan .Wallahu'alam.

Bersyukurlah Kita Kepada
Allah Yang Maha Pengasih 
Dan Penyayang
Yang Menjadikan Kita
Dengan Segala RahmatNya

Buat Baik Berpada-Pada
Buat Jahat Jangan Sekali
Hidup Di Dunia
Banyak Pancaroba
Mujahadah KeranaNya

Ya Allah
Tuhan Yang Kuasa
Kau Ampunilah HambaMu Ini
Betapa Beratnya Dosaku
Yang Masih Belum 
Bertaubat Pada Mu
Ampunilah Dosa-Dosaku
Oh Tuhan




  





0 comments:

Post a Comment