Sunday, January 13, 2013

Imtihan Around The Corner

Imtihan Datang Lagi !

15 Januari 2013 - 18 Januari 2013. Itulah tarikh peperangan saya di atas kertas. 

al-Mazahib wal Firaq al-Islamiyyah ( Aliran Akidah Islam )
Cultural Religions ( Agama Wadha'ie )
At-Tayyarat al-Munharifah Fi Malizi ( Aliran Ajaran Sesat Di Malaysia )
Contemporary School Of Thought In Malaysia ( Aliran Pemikiran Semasa Di Malaysia)
Public Speaking ( Pengucapan Awam )
Pengajian Halaqah 

Beberapa hari lagi saya akan menempuh imtihan. Semester ini saya mempunyai 6 madah. 3 daripadanya bahasa pengantar Arab dan 3 lagi bahasa pengantar Inggeris. Saya akan hadapi 5 paper. Cuma pengajian Halaqah sahaja yang tidak termasuk dalam Imtihan. 

Alamak ! Terasa cepatnya semester ni. Tak terasa sekarang saya sudah berada di semester 5 tahun 3 pengajian. Alih-alih sudah berada di penghujung semester. 

Kesibukan - Dihimpit kerja ! Persatuan ! Lawatan antarabangsa ! Bahas ! Presentation ! Itu semua sudah cukup memenatkan namun jauh di sudut hati saya gembira melakukannya. Kalau tak susah tak akan menghargai kesenangan bukan ? Kalau nak tahu senang -lenang bukanlah kena pada cara menuntut ilmu.

Terima kasih saya zahirkan di sini kepada tenaga pensyarah yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan, nasihat serta ilmu yang tidak ternilai harganya, paling penting, doa, restu dan kasih sayang ibu dan ayah saya yang sentiasa mengiringi jejak langkah ini di medan ilmu. 

Apapun, yang saya harapkan daripada semester ini, agar salah satu daripadanya ialah Allah permudahkan saya untuk menjawab imtihan. Mudah-mudahan saya juga menjadi orang yang faqih dalam bidang Akidah & Agama. Bukanlah saya mengharapkan keputusan baik semata-mata namun, saya inginkan ilmu itu diaplikasikan bersama dengan kecemerlangan. Mudah-mudahan redha Allah bersama saya. "Ya Allah, ampunilah hambaMu ini atas apa yang aku terlupa, lalai dan terleka."

Teringat kata-kata Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, 

"Kita inginkan pemuda-pemudi Islam yang bekerja untuk Islam cemerlang dalam pelajarannya. Hendaklah dia menjadi contoh yang berbeza daripada pelajar- pelajar cemerlang yang lain sehingga manusia mengenal bahawa Islam bukanlah penghalang kepada pengajian. Pengajian adalah wajib dan kecemerlangan adalah perlu bagi Da'ie ilallah." 

Buat semua sahabat yang sedang dan bakal menduduki Imtihan, saya doakan mudah-mudahan dipermudahkan dalam urusan anda, dilapangkan dada, hati dan fikiran supaya dapat menjawab dengan tenang.

Ilmu dicari Al-Falah dimiliki. 'Salam Imtihan'

0 comments:

Post a Comment