Saturday, March 23, 2013

Bright ReTreaT Great Ukhuwwah



2009 

2010

2011

2012 


Kini sudah menjejak 2013 .. maka Usrah Pengajian Akidah Dan Agama sudah pun mencakupi 4 batch. Imbas kembali,terasa seperti baru sahaja semalam saya mula menjejak kaki ke USIM, teringat lagi sewaktu hari pertama di USIM, saya sendirian datang dari seberang Tanah Borneo dengan hanya berbekalkan sebuah bagasi. Terasa asing tempat ini bagi saya, namun demi kembara ilmu saya gagahkan juga. Kini, saya sudah berada di Tahun Ketiga pengajian. Begitu pantas masa berlalu, namun bukanlah tentang saya yang ingin saya kongsikan di sini. 

Tentang keluarga keempat Akidah dan Agama ! ReTreat Mahabbah. 

ReTreat Mahabbah ini sudah menjadi tradisi usrah Akidah Dan Agama di Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan, USIM. Kalau dahulu, saya juga peserta ReTreat Mahabbah ini tapi alhamdulillah sudah dua kali saya berkesempatan menjadi fasilitator untuk berjumpa dengan adik-adik Tahun Dua dan Tahun Satu. 


Sebelum adik-adik sempat merasa pengalaman ReTreat, kami sendiri sudah menjadi peserta ReTreat lagi. Kami ke Ulu Yam dua minggu sebelum program sebenar berlangsung. Kami lakukan terlebih dahulu night walk, explorace, jungle tracking dan macam-macam lagi. Jadinya sampai sekarang teringat juga nama saintifik pokok-pokok kat Nur Laman Bestari, Artocarpus Integer Var Silvestris, Artocarpus Elasticus, Archidendron Jiringa, Chukrasia Tabularis, Hura Crepitans, Melaleuca Cajuputi. Agak-agak sepuluh lah ya. 


Pasang Khemah

Petang Jumaat adik-adik ReTreat diajarkan dengan pemasangan khemah. Ada apa dengan khemah ? Ramai orang pergi berkhemah. Ramai orang kebiasaannya tahu pasang khemah. Tetapi berapa ramai agaknya mampu memasang dan menyimpan khemah dengan cara yang betul ? Itulah persoalannya di sini dan diharap ilmu ini dimanfaatkan oleh kita dengan sebaik-baiknya. 

Sixth Sense

Malam pertama, saya teringat lagi setiap group dibahagikan kepada sepuluh kumpulan antaranya terdiri daripada mata, hidung, lutut, perut. Bila diminta tampil ke hadapan dengan aksi, ramai yang malu-malu kucing. Ada macam-macam aksi, malu-malu belaka tapi tak mengapa tetap comel. Motifnya, hargailah deria yang Allah Taala anugerahkan kepada kita. Hilang satu, hilanglah nikmat kurniaan Allah. Moga kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur. 


Bendera, Motto Dan Nama Kumpulan

Aktiviti ini melihat kreativiti setiap kumpulan. Ia bukanlah aktiviti kosong sebaliknya melihat apa yang ingin adik-adik ini persembahkan melalui bendera, motto dan nama kumpulan mereka. Yang pasti semua Da BOOM ! 

How STRONG is Your FAITH ? 

Masa ni betul-betul menguji adik-adik. Bahayya ? Sudah pasti bahayya itu di hadapan andai tidak berhati-hati dalam kegelapan. Takut ? Risau ? Gelisah ? Anda sendiri merasa, sudah tentu anda tahu apa yang anda fikirkan saat aktiviti ini.  Saya tersenyum sendiri, bermacam kisah di sebaliknya. Biarlah anda yang merasainya mentafsirkan sendiri. 

Berdoa mudah-mudahan aktiviti ini berjalan dengan lancar
Senaman Pagi

Alhamdulillah, menghirup udara segar di Nur Laman Bestari dimulakan dengan aktiviti senaman pagi. Penangan senaman Tommy yang paling seronok. 



Sarapan Hari Pertama


Di Dewan Terapung 


Seterusnya dilanjutkan lagi dengan slot Bahasa Arab oleh Dr Najib Sheikh Abdi Samad. Terdapat beberapa aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan. Misalnya, slot bersama YDP MPP kita, saudara Mohamad Razif Mohamad Fuad. Slot 'Super Twiss Text' untuk Bahasa Inggeris dan 'Telefon Rosak' untuk Bahasa Arab. Namun, aktiviti tersebut diganti dengan pembentangan bendera, motto dan logo

   

Power ! Penuh semangat ! Mantop ! Alhamdulillah, setiap kumpulan berusaha mempersembahkan hasil kerja mereka dengan bersungguh-sungguh. Para fasilitator sangat rajin bertanyakan soalan. Adik-adik berusaha bersungguh-sungguh membentangkan dan mempertahankan hujah mereka. Tapi tak mengapa, bukan melihat kepada siapa yang menang dan kalah dalam aktiviti ini tapi ini ialah permulaan untuk kita sama-sama belajar. Akidah - Tasawwuf - Falsafah - Perbandingan Agama, moga anda semua masih mengingati empat domain program Akidah dan Agama ini. 

Kenalkah Kita Pada USIM ?

Anda dengarkan pembentangan mengenai USIM, anda dikehendaki menjawab beberapa soalan mengenai USIM dan akhirnya anda dikehendaki mengoyakkan kertas Origami jika terdapat kesilapan pada jawapan anda. Berapa banyak cebisan kertas Origami anda yang tertinggal ? Berapa banyakkah anda tahu mengenai USIM, tempat anda menimba ilmu ? 

Di sini secara peribadi, saya ingin berkongsi betapa saya rasa bertuah menjadi pelajar Pengajian Akidah dan Agama, betapa saya rasa bertuah menjadi pelajar USIM. Kembara ilmu di USIM ini menjadikan saya lebih berusaha untuk mencintai ilmu. 

Teringat saya pada pesanan Dr Mohamad Rushdan, beliau berkata pada saya. "Kamu sangat beruntung menjadi pelajar USIM, kerana di sini kita mempunyai ramai ulama, ada ramai Scholar, ramai penulis buku, maka rebutlah peluang untuk menimba ilmu seberapa banyak yang boleh selama mana kamu di sini. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, jangan bandingkan kekurangan kita dengan orang lain, universiti lain sebaliknya percayalah dengan kemampuan diri kita sendiri, kuatkan semangat untuk mengejar ilmu. Tak kira di mana kita berada, gapailah ilmu seberapa banyak yang boleh." Tersenyum saya mendengarkan nasihat beliau. 

Explorace

Pada petangnya, ReTreat diteruskan dengan Explorace. Ada 5 check point. Bukan saja-saja tapi semuanya terkandung visi. Penat bukan ? Tapi simpanlah kenangan itu bersama anda. 

Mud Spa
Cabaran Di Sungai

Yeah ! Berat .. Berat Ni ! 

Cepat Siapkan Istana Kita



Istana Batu Kami ! 
Solat Berjemaah Selepas Memori Dalam Hujan 
Makan Malam Bersama 
Bright ReTreat Great Ukhuwwah

Malam terakhir ReTreat Mahabbah, bertemakan "Bright ReTreat Great Ukhuwwah", adik-adik tampil memberikan persembahan. Alhamdulillah semua group nampaknya berusaha memberikan yang terbaik.

Kejutan

Selesai persembahan, nampak kelegaan di wajah adik-adik. Mungkin berharap untuk balik awal ke khemah dan tidur setelah seharian kepenatan dengan aktiviti Explorace tambahan tidur lewat dan bangun awal di sebelah pagi. Namun, agak hampa. Mereka tidak dibenarkan balik. Bermulalah memori kisah duka yang tidak kami sengajakan selaku pihak fasilitator dan urus setia. 

Mungkin ada yang terbiasa dengan permainan ini
Mungkin juga tidak
Yang terbiasa, biasa-biasa sahaja
Yang tidak biasa dengan keadaan ini, maka akan bergelora emosi anda
Seperti lautan yang bergelora
Sayang seribu kali sayang 
Bukan kami berniat untuk marah, tapi kami sayang anda semua
Bukan kami sengaja buat begini, tapi sekadar sebuah kejutan
Andai terkesan di hati, kami mohon maaf
Andai mengalir air mata, kami sekali lagi memohon maaf
Andai membenci kami, kami mohon jauhilah 
Kerana itu semua sekadar
Sebuah lakonan dari kami semata-mata 
Namun, lakonan ini tanpa kita sedari adalah realiti yang akan kita tempuh dalam kehidupan sebenar
Permasalahan ummah ! 
Motif dari lakonan ini fikir-fikirkanlah. 

Akhirnya, 
Lampu dipadamkan 
Sanah Helwah kepada adik-adik yang menyambut ulang tahun kelahiran dalam bulan Mac. 
Moga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah Taala
Sanah Helwah Kepada Adik-adik

Flying Fox & Jungle Tracking



Menunggu Giliran Flying Fox

Kami Bersedia ! 



Jungle Tracking At The Beginning






Harapan Kami

Selaku pihak urus setia dan fasilitator, kami memohon maaf untuk segala kekurangan yang terdapat sepanjang ReTreat ini berlangsung. Terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha untuk menjayakan ReTreat Mahabbah Pengajian Akidah Dan Agama ini. Moga segala kekurangan dalam program ini akan dapat diperbaiki lagi pada masa akan datang. Moga kebaikan dari program ini akan dapat kita manfaatkan bersama. Satu Akidah Satu Perjuangan. Salam Sayang Dari Kami. 

"Bright ReTreat, Ukhuwwah Become Great" 





2 comments:

  1. Alhamdulillah, semua "TERBAIK"!!!Tahniah atas segala penglibatan secara langsung mahupun x buat semua Ajk2,Fesi2 n xlupe Adik2,. Moga dipermudahkan oleh-Nya segala urusan untuk retreat akan3x datang.

    ReplyDelete