Monday, December 31, 2012

Salaf Dan Khalaf : Siapakah Mereka ?

Salaf Vs Khalaf ???  Kebetulan seorang rakan memohon penjelasan lanjut mengenai golongan Salaf dan Khalaf ini. Maka, ingin saya kongsikan di sini untuk merungkaikan kekeliruan dan menambah baik pemahaman kita terhadap siapakah golongan Salaf  dan Khalaf  ini. Pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan kepada syariah dan sejarah. Terdapat dua generasi yang sangat popular dalam sejarah perkembangan Ahli Sunnah Wal Jamaah...

Sunday, December 30, 2012

Ilmu Perbandingan Agama : Satu Pengenalan

Pengertian Ilmu Perbandingan Agama Agama ( الدين ) bermaksud suatu pegangan atau kepercayaan yang diyakini dalam jiwa seseorang sebagai pengabdian diri kepada pencipta. Dalam Kamus Dewan, agama bermaksud kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifatNya serta kekuasaanNya. Maka, dapat kita fahami ilmu perbandingan agama merupakan suatu ilmu yang menerangkan atau membincangkan tentang pegangan atau fahaman agama atau idealogi seseorang atau sesuatu...

Thursday, December 20, 2012

Transformasi HIJRAH Diri

Pengertian Hijrah Dari segi bahasa hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain Dari segi istilah hijrah merupakan perpindahan Rasulullah S.A.W dengan orang - orang Islam dari Mekah ke Madinah.  Dalam erti makna lain hijrah juga merujuk kepada perubahan diri daripada keadaan kurang baik kepada keadaan yang lebih baik. Misalnya menukarkan amarah kepada sabar, malas kepada rajin, benci kepada cinta, sombong...

Thursday, September 27, 2012

Mengorak Langkah Ke Hadapan

Alhamdulillah, berkesempatan lagi untuk menyambung pengajian sempena semester baru ini. Sekarang sudah memasuki semester 5 tahun ketiga pengajian di USIM. Moga terus subur kekuatan untuk membudayakan ilmu dan membudayakan akhlak dalam diri ini agar dapat menjana kekuatan intelektual yang positif.  Segala pujian ke hadrat Allah Taala saya limpahkan kerana masih memberikan nafas untuk saya berjuang sehingga hari ini. Ya Allah, jadikanlah...

Tuesday, July 24, 2012

Ahlan Ya Ramadhan

Ahlan Ya Ramadhan KarimMoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnyaInsyaAlla...

Monday, July 16, 2012

Man Ana

Nur Rafezza Binti Fetheri From Kuching, Sarawak, Malaysia. Born on 27 October 1989 Education Sekolah Kebangsaan Pulo Petra Jaya Kuching, Sarawak (1996-2001) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang,Kuching Sarawak (2002-2006) Diploma Pengajian Islam Dan Dakwah, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) Jakim Cawangan Sarawak, Telaga Air, Kuching. (2007-2010) Akidah and Religion Studies With Honour, Universiti Sains...

Ada Apa Dengan Falsafah ?

Falsafah ? Philosophy ? Terus saya tersenyum bila mendengarkan perkataan falsafah. Baru kini saya mengerti dan memahami kepentingan falsafah. Bagi saya ia juga sebuah perbincangan yang menarik meskipun terdapat sesetengah pihak mendakwa mempelajari falsafah adalah sia-sia sahaja bahkan ada yang lagi dahsyat mendakwa bahawa mempelajari falsafah juga membawa kepada kesesatan akidah. Hanya kerana falsafah berpaksikan akal fikiran maka terus menghukumkan...

Islam Liberal

Apakah itu Islam liberal ? Apakah itu liberalisma ?  Liberalisma bermaksud 'kebebasan berfikir dan bertindak melalui individu tanpa had', dan ia merupakan fahaman yang muncul di Eropah pada asalnya dan bukan dari dunia Islam. Istilah 'Islam Liberal' pertama sekali digunakan oleh penulis Barat seperti 'Leonard Binder' yang menggunakan istilah 'Islamic Liberalism' dan juga 'Charles Kurzman' yang menggunakan istilah 'Liberal Islam'. Secara tersiratnya,...

Padaku Ada KeAZAMan Yang Dahsyat

Padaku Ada KeAZAMan yang dahsyat .. Siapakah yang mengungkapkan kata-kata tersebut ? Tidak lain tidak bukan .. itulah Sultan Muhammad Al-Fateh atau Sultan Muhammad II. Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh ? Al-Fateh ialah putera kepada Sultan Murad II, Baginda dilahirkan di Edirne atau Adrianapolis yang merupakan ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432 bersamaan 26 Rejab 835 Hijriah. Al-Fateh wafat pada 4 Rabiul Awwal 86 H dan tampuk...